Perbezaan kaum bukan halangan bagi Vengadesa pelajari tarian singa

KUALA LUMPUR –
Meskipun tarian singa begitu sinonim dengan masyarakat Cina, namun lelaki berusia 48 tahun berbangsa India J.Vengadesa Perumal membuktikan perbezaan kaum tidak menjadi penghalang buatnya untuk menguasai tarian itu.

“Saya tinggal sebelah kampung Cina, jadi tiap-tiap tahun dengar bunyi gendang, ini membuatkan saya ‘jatuh cinta’ dengan paluan gendang itu.”Apabila saya dengar sahaja dari mana pun, saya akan cari dan akan terus ke tempat persembahan tarian singa tu, dalam hati saya terdetik agak-agak boleh tak sertai kumpulan tarian itu,” katanya.

Hasratnya untuk menjadi penari tarian itu menjadi realiti apabila beliau memulakan kerjaya di Malaysia Airlines (MAS) yang turut mempunyai MAS Golden Lion, sebuah kumpulan tarian singa pada ketika itu yang terdiri daripada kakitangan pelbagai kaum dalam syarikat penerbangan itu.

“Saya mengambil masa hampir setahun untuk menguasai tarian itu, sukar memang sukar namun saya dah tetapkan minda bahawa benda ini tak susah. Pada awal pembabitan, saya diberi tahu “Apabila saya memulakan kerjaya di situ, saya dapati ada satu kumpulan untuk tarian singa dalam MAS jadi saya rasa ini adalah peluang saya dan tanpa fikir panjang, saya terus menyertainya,” kata beliau yang berkerja sebagai pembantu penjaga stor di syarikat penerbangan itu pada awal 90-an.


Beliau juga turut berbangga apabila bakatnya itu kini diteruskan anak sulungnya iaitu pasangan kembar lelaki V Sangjai dan V Shaarean yang mempelajari tarian itu sejak dua tahun lepas ketika berusia 11 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here