Sabah Bernam, 14 Jun-
Ibu bapa dan penduduk meluahkan rasa kerisauan mereka, hanya 5 pelajar India di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak Bernam menerima bantuan tunai pada program Jom Ke Sekolah yang diadakan Jumaat lalu.
Seramai 300 pelajar telah diberikan bantuan tunai daripada kerajaan dalam majlis tersebut.Tetapi bilangan pelajar India yang dapat bantuan itu adalah hanya 5 orang. Ramai orang mempersoalkan perkarayang tidak adil ini.
Terdapat kira-kira 5,000 keluarga India yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri Sabak Bernam ini. Kira-kira 90 peratus daripada mereka tergolong dalam kategori B40 dan hidup dalam kemiskinan.
Dalam hal ini, ibu bapa dan orang ramai mengatakan bahawa tidak diberi biasiswa ini kepada ramai pelajar dari keluarga miskin telah menimbulkan kesedihan dan ketidakpuasan hati yang besar.
Biasiswa 100 Ringgit setiap pelajar telah disediakan. Jika jumlah itu diberikan kepada pelajar India daripada keluarga miskin, ia akan banyak membantu mereka untuk membeli peralatan sekolah seperti pakaian seragam dan kasut.
Seramai 300 pelajar mendapat
Pemimpin politik yang mengetuk pintu kita hanya pada waktu pilihan raya dan meminta undi melupakan rakyat selepas pilihan raya, mereka lupa sekaligus janji yang dibuat kepada rakyat.
Kalangan penduduk mempersoalkan mengapa perbuatan berat sebelah ini wujud dalam kerajaan perpaduan sekarang. Ibu bapa dan orang awam meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengatakan bahawa anak India adalah anaknya, anak Cina adalah anaknya, anak Melayu adalah anaknya, dan anak dari semua etnik adalah anak Malaysia.
Samad Bin Hashim, Penyelaras Perhimpunan Sabak Bernam, bertanggungjawab dalam anjuran program biasiswa ini. Kebanyakan kaum India menyokong beliau pada pilihan raya umum lalu apabila beliau bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sabak Bernam.
Keesemua mereka meluahkan kegelisahan mereka,amat memeritkan bahawa kaum India tidak mendapat bantuan yang mereka perlukan dalam projek sebegitu.
Diumumkan bahawa biasiswa itu akan diberikan kepada dua pelajar daripada keluarga berpendapatan bawah 5,000 ringgit. Kami tidak mempunyai gaji yang besar. Sebahagian daripada kami adalah tukang kebun biasa dan yang lain adalah buruh biasa. Sesetengah keluarga kami mempunyai 3 atau 4 orang anak yang belajar di sekolah.
Bagaimanapun, sesetengah ibu bapa mengeluh kerana tidak seorang pun anak dalam keluarga mereka menerima biasiswa itu.
Mereka menegaskan lain kali sekurang-kurangnya Samad tampil mengenal pasti lebih ramai pelajar miskin yang hidup dalam kemiskinan di kawasan ini dan membantu mereka.
Mereka menggesa EXCO Negeri Selangor V.Pappa Raidu harus menyuarakan peerkara yang tidak adil seperti ini yang berlaku di kawasan Dewan Undangan ini.
























