Polis tahan 40 pemandu mabuk di Johor

Johor Bahru, Jun-
Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak semalam hingga pagi tadi.

Ketua Polis Johor M. Kumar berkata 37 lelaki dan tiga wanita itu ditahan dalam operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu kenderaan dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.

“Jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun serta hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang dua tahun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata 532 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu yang menyaksikan 1,204 individu dan 1,056 kenderaan diperiksa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here