Alor Setar, Jun-
Kedah merekodkan sejumlah 105 kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus sehingga Minggu Epidemiologi ke-23 iaitu antara tempoh Januari hingga 8 Jun lalu, termasuk satu kematian.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Ismuni Bohari berkata jumlah kes daftar itu menunjukkan peningkatan 18 peratus berbanding direkodkan pada tempoh sama tahun lalu, dengan 89 kes.
Mengulas lanjut, katanya daripada 105 kes daftar tahun ini, 32 disahkan dengan ujian Microscopic Agglutination Test (MAT), manakala 16 lagi masih menunggu keputusan makmal.
“Susulan jangkitan kes kencing tikus di Taman Eko Rimba Lata Bayu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Baling telah menjalankan siasatan dan penilaian risiko di pusat rekreasi itu di mana sampel air dan tanah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam (MKA) Ipoh.




















