Kuala Lumpur, Jun-
Malaysia naik ke Tahap 2 dalam laporan tahunan Pemerdagangan Manusia (TIP) Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), satu tahap lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Kali terakhir Malaysia di Tahap 2 laporan TIP ialah 2017, kedudukan tertinggi pernah dicapai negara.Tahap 2 ditakrifkan sebagai tidak memenuhi sepenuhnya piawaian minimum AS dalam menghapuskan pemerdagangan manusia, tetapi ada usaha signifikan untuk mematuhinya.
Tahun lalu, Malaysia dinaikkan ke senarai pemerhatian Tahap 2 laporan TIP, selepas diturunkan ke Tahap 3 pada 2021 dan 2022. Penurunan tahap itu membawa risiko terhadap eksport negara berpotensi disekat.
Peningkatan tahap itu bermakna Malaysia ditempatkan dalam kalangan negara seperti Bangladesh, Mesir, Indonesia, India, Jepun, Itali, Kenya, Mexico, New Zealand, Norway, Portugal, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.

















