Kuala Lumpur, Julai-
Kerajaan memberi jaminan bayaran pencen kepada lebih 931,000 pesara akan diselaraskan, selari dengan semakan gaji pegawai awam dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa, berkata secara dasarnya, pencen diterima pesara dan penerima pencen akan diselaraskan mengikut peruntukan Seksyen 3 Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).
“Seksyen ini memperuntukkan bahawa pencen atau elaun persaraan seseorang pegawai hendaklah diselaraskan sekiranya terdapat semakan gaji kepada pegawai awam yang sedang berkhidmat.
“Justeru, bayaran pencen juga akan diselaraskan, selari dengan semakan gaji pegawai awam dalam Kajian SSPA,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.



















