‘Pihak lain tidak berhak mendera wanita’ – Nancy

Shah Alam, Julai-
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Nancy Shukri mengingatkan golongan wanita supaya sentiasa menjaga hak dan keselamatan diri.

Beliau menegaskan, wanita tidak sepatutnya membiarkan diri mereka menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Kepada wanita saya ingin berpesan, wanita mesti ingat orang lain tidak boleh atau tidak berhak untuk memukul atau mendera kita.

“Badan itu kita sendiri yang mengawalnya, jangan dibiarkan orang mendera kita. Jaga diri,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong memaklumkan, sebanyak 2,794 kes keganasan rumah tangga telah direkodkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2021 hingga 2023.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 773 kes berlaku di Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here