DBKL sita barang peniaga cetus halangan sekitar Taman Maluri

Kuala Lumpur, Julai-
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan operasi menyita dan mengalihkan halangan yang dilakukan oleh peniaga sekitar Taman Maluri, semalam.

DBKL dalam kenyataannya, berkata operasi itu dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa DBKL membabitkan peniaga yang beroperasi sekitar Jalan Jejaka 7 dan Jalan Jejaka 9.

“Tindakan khas dijalankan menerusi peruntukan mengikut Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Antara barangan yang disita adalah meja, kerusi plastik, gerai dapur beroda, gerai berkaca dan peralatan perniagaan lain.

“Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here