Kes kematian Esha seorang lagi ditahan!

Kuala Lumpur, Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dakwaan ugutan terhadap seorang pempengaruh TikTok yang meninggal dunia minggu lalu selepas dikatakan dibuli siber.

Ketua Polis Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata warga tempatan yang disyaki pengguna akaun TikTok @DulalBrothers itu ditahan di Setapak kira-kira 6.30 petang semalam.Terdahulu, seorang pempengaruh wanita berusia 29 tahun didakwa membunuh diri kerana tertekan dengan buli siber. Mayatnya ditemui di rumahnya kira-kira 11 pagi 5 Julai lalu.

Susulan itu, seorang wanita tempatan berusia 35 tahun ditahan di Rawang pada Isnin lalu.

Siasatan polis mendapati dua hantaran di akaun itu mengandungi ugutan serta ancaman terhadap pempengaruh terbabit yang menggunakan kata-kata kesat serta lucah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here