Kuala Lumpur, Julai-
Padah menggunakan perkataan anti-Islam terhadap seorang anggota Dewan Rakyat dari parti kerajaan, Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) hari ini diarah meninggalkan Dewan Rakyat serta-merta.
Keputusan itu dibuat Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor, selepas Awang enggan menarik balik kenyataan yang ditujukan kepada RSN Rayer (PH-Jelutong) dengan Ahli Parlimen Pendang itu turut digantung tiga hari daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Terdahulu perkataan anti-Islam itu mencetus situasi kecoh selepas Rayer bersama beberapa ahli Parlimen DAP bangkit mendesak Awang menarik semula kenyataan dengan menyifatkan tuduhan dibuat itu sebagai amat serius.
Ramli bagaimanapun meminta semua wakil rakyat berhenti menuduh antara satu sama lain sambil mengingatkan ia menjadi tontonan di luar, sebelum mengarahkan Awang menarik semula tuduhan terbabit.





















