Guru didakwa kasari murid autistik

Kuala Lumpur, Julai-
Seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan kekerasan terhadap seorang kanak-kanak lelaki autistik di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak istimewa, minggu lalu.

Bagaimanapun, guru tersebut M. Thinesh, 33, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha. Mengikut pertuduhan, Thinesh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah pusat jagaan kanak-kanak istimewa di sini pada 11.50 pagi, 16 Julai lepas.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bapa membuat laporan polis mendakwa seorang guru menendang, memukul dan menarik anaknya secara kasar sehingga mangsa terjatuh daripada kerusi.

Susulan laporan itu, polis menahan guru terbabit di kediamannya di Ampang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here