Kuala Lumpur, Julai-
Pesawat sewa khas yang membawa seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar pulang dari Bangladesh yang dilanda protes besar-besaran, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia di Bangladesh atas faktor keselamatan susulan protes kuota kerja kerajaan di negara itu yang meragut lebih 150 orang.Pesawat AirAsia A320 selamat mendarat di KLIA Terminal 2 pada 4.57 petang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal di Dhaka pada 11.05 pagi tadi.





















