Kerajaan Johor hargai usaha polis jejaki, selamatkan Albertine Leo’ – MB

Johor Bahru, Julai-

Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, yang diculik pada Sabtu lalu, kini dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu kini selamat di pangkuan keluarganya.

“Polis masih sedang membuat siasatan dalam kes ini. Namun, suka saya maklumkan bahawa adik Albertine Leo berada dalam keadaan baik dan selamat di dalam pangkuan tersayang,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook, hari ini.

Terdahulu, Onn Hafiz mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar, bagi menzahirkan ucapan terima kasih atas usaha pihak berkuasa itu menyelamatkan Albertine Leo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here