Zii Jia menang gangsa kedua untuk Malaysia

Petaling Jaya, Ogos-
Bintang badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia, menghadiahkan gangsa kedua untuk Malaysia di Sukan Olimpik Paris selepas bertarung dengan jaguh India, Lakshya Sen.

Jaguh nombor tujuh dunia itu bingkas dalam aksi penentuan selama 71 minit; mengharungi 13-21, 21-16, 21-11 di Arena Porte de La Chapelle.Lakshya, pemain di kedudukan ke-22 dunia, menguasai perlawanan dari awal lantas memenangi set pertama.

Zii Jia yang ketinggalan 3-8 pada set kedua bangkit semula untuk mengutip sembilan mata berturut-turut sehingga mendahului 12-8, seterusnya memenangi set berkenaan.Dengan kemenangan ini, pemain berusia 26 tahun ini berjaya meraih pingat sulungnya di Olimpik, sambil menunjukkan kemajuan prestasi berbanding penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Tokyo, yang mana beliau tewas pada peringkat 16 terakhir.

Usaha ini menyusuli kejayaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan gandingan nombor dua dunia, Anders Skaarup Rasmusen-Kim Astrup dari Denmark, semalam.

Dua jaguh ini berebut gangsa apabila Zii Jia tumpas kepada juara dunia 2023, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand, pada separuh akhir semalam; manakala Lakshya di tangan juara bertahan, Viktor Axelsen dari Denmark.

Zii Jia menjadi pemain perseorangan lelaki ketiga Malaysia untuk meraih pingat di Olimpik selepas Rashid Sidek peroleh gangsa di Atlanta 1996, dan Lee Chong Wei merangkul perak berturut-turut di Beijing 2008, London 2012, dan Rio 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here