Muhammad Yunus jamin lindung semua rakyat Bangladesh – Anwar

Kuala Lumpur, Ogos-
Ketua penasihat kerajaan interim Bangladesh Muhammad Yunus memberi jaminan akan melindungi semua rakyat Bangladesh termasuk golongan minoriti, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Perkara itu katanya dimaklumkan dalam perbualan telefon kedua-dua pemimpin itu malam tadi. “Saya juga gembira dengan jaminan yang diberikan oleh beliau untuk melindungi dan memberi layanan yang saksama kepada semua warga Bangladesh termasuk golongan minoriti,”kata Anwar di Facebook.

Anwar juga menyatakan kesediaan untuk membantu Bangladesh mengembalikan semula keamanan di negara itu.

“Prof Yunus mempunyai sejarah hubungan yang baik dengan Malaysia. Justeru, saya telah memberi jaminan kesediaan Malaysia untuk membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu,”katanya.

Anwar berkata, Yunus turut menjemputnya ke Bangladesh bagi mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di antara kedua-dua negara.

Yunus merupakan pemenang Hadiah Keamanan Nobel pada 2006 mengangkat sumpah sebagai pemimpin sementara Bangladesh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here