ADUN Johol dimasukkan ke IJN akibat serangan jantung

Seremban, Ogos-
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan tidak sedarkan diri akibat serangan jantung petang semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata kejadian itu berlaku ketika Saiful Yazan dalam perjalanan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya dimaklumkan hari ini bahawa Saiful Yazan kini berada dalam keadaan stabil dan mula memberi tindak balas.

“Datuk Saiful Yazan kini berada dalam keadaan stabil, sudah mula sedar tetapi masih memerlukan pemantauan rapi di wad rawatan jantung (CCU) di IJN.

“Semalam saya dan beberapa pemimpin UMNO ada melawat beliau di IJN tetapi ketika itu beliau tidak sedarkan diri lagi.

“Namun tadi kami dimaklumkan oleh isterinya, Datin Shaliza Idris, keadaannya semakin stabil… sama-samalah kita berdoa semoga dia kembali sihat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here