Bayi paling besar dengan berat 4.8kg

Kuala Lumpur, Sep-
Seorang wanita berkongsi berita gembira melahirkan bayi seberat 4.8 kilogram (kg) melalui kaedah caesarean (czer) menerusi laman sosial, TikTok @sueracun99.

Perkongsian itu mengundang bualan ramai apabila ramai yang menyifatkan fizikal bayi berkenaan seolah-olah sudah menginjak usia berada di taman asuhan kanak-kanak (taska).

Wan Nur Jahidah Wan Muim, 26, berkata, dia tidak menyangka perkongsian di media sosial itu mendapat perhatian daripada ramai pihak sehingga jumlah tonton melebih 2.5 juta dalam tempoh sehari.

“Sewaktu kelahiran bayi, ruangan bersalin dan wad menjadi kecoh kerana anak saya ini seberat 4.8kg dan doktor kata ini antara bayi paling besar yang dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here