Alor Gajah, Sep-
Seorang pengasuh wanita direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama di sini, semalam.
Perintah tahanan reman sehingga Jumaat depan dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Nor Syaliati Mohd Sobri terhadap suspek berusia 34 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu suspek yang memakai baju lokap bewarna ungu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada pukul 9.30 pagi dengan diiringi anggota polis.Tekup bayi dengan bantal sehingga maut, pengasuh direman tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah semalam dilaporkan berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan memaklumkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan tidak sedarkan diri di sebuah taska di Taman Kelemak Utama.
Suspek yang berasal dari Endau, Johor itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di taska berkenaan kira-kira 3.30 petang semalam di taska berkenaan.