Anak 10 tahun pandu kereta – Ibu didenda RM700

Kuala Lumpur, Sep-
Seorang wanita didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik Seremban hari ini selepas mengaku salah membenarkan anaknya yang berusia 10 tahun memandu kereta dalam kejadian di Taman Arowana Impian, minggu lalu.

Majistret Marlissa Mohd Fahmy mengenakan hukuman terhadap wanita berusia 46 itu selepas dia membuat pengakuan berkenaan. Beliau turut memerintahkan hukuman penjara tujuh hari dikenakan sekiranya wanita itu gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan kertas pertuduhan, orang kena saman (OKS) sebagai pemilik kenderaan jenis Toyota Corolla telah membenarkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun memandu kenderaan berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan pada 3 September lalu, kira-kira 9 malam di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian di Seremban.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here