Kuala Lumpur, Feb-
Seorang pesara swasta kerugian kira-kira RM4 juta akibat terperdaya dengan penipuan pelaburan saham yang ditawarkan dalam laman sosial.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri menerima laporan dibuat mangsa wanita warga emas berusia 73 tahun itu di Petaling Jaya,.
“Hasil siasatan awal mendapati pada pertengahan November tahun lalu, mangsa melayari Facebook dan berminat untuk menyertai pelaburan saham dikenali sebagai PVTCMax.
“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ditadbir dua individu bernama Alya dan Christopher. Mangsa dijanjikan pulangan lumayan antara lapan hingga 10 peratus sehari.
“Bagi tujuan pelaburan itu, mangsa diminta membuat 62 transaksi bayaran ke dalam 10 akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM4 juta,” katanya dalam satu kenyataan.





















