Dr Kalwinder Singh presiden baharu MMA

Shah Alam, Sep-
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melantik Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira dilantik sebagai presiden baharu persatuan itu menggantikan penyandangnya Dr Azizan Abdul Aziz.

Dr Kalwinder berkata, beliau akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kementerian lain dan jabatan kerajaan ke arah mewujudkan serta menjamin masa depan lebih baik untuk doktor dalam sektor penjagaan kesihatan awam.

“Fokus utama saya adalah untuk melakukan semua yang termampu dalam menyediakan dan meletakkan asas masa depan lebih baik dan untuk para doktor.

“Ini merangkumi melihat hak mereka mendapatkan jaminan pekerjaan, persekitaran kerja yang sihat, peluang latihan pakar, keseimbangan kehidupan kerja, pengiktirafan terhadap usaha dari segi gaji, elaun dan kesejahteraan mental,” katanya dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here