Kuala Lumpur, Sep-
BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah mara ke separuh akhir Kejuaraan Badminton Terbuka Hong Kong selepas menyingkirkan cabaran pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi pada Jumaat.
Perlawanan suku akhir di Hong Kong Coliseum, Kowloon, Pearly-Thinaah yang juga pilihan ketiga kejuaraan Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 500 itu menang straight set ke atas pilihan kelapan, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi 21-14, 21-13 dalam masa 31 minit.
Pearly-Thinaah mara ke suku akhir dengan menjinakkan gandingan Hong Kong, Lok Lok-Hiu Yan, juga straight set 21-16, 21-14 dalam masa 30 minit.
Gandingan nombor lapan dunia itu akan berdepan beregu nombor dua dunia Korea Selatan, Baek Ha-na-Lee So-hee di separuh akhir pada Sabtu.




















