Johor Bahru,Sep-
Kerajaan sedang mengkaji pelbagai langkah dalam usaha menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya khususnya ketika musim perayaan dan cuti umum.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata alasan kenderaan atau trafik yang bertambah tidak boleh digunakan, sebaliknya usaha mencari penyelesaian kepada masalah kesesakan perlu difikirkan menggunakan teknologi terkini.
“Saya harap PLUS dan syarikat konsesi lain dapat menggunakan teknologi moden sebagai contoh teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi mengatasi kesesakan terutamanya waktu cuti lebih dua hari yang sememangnya akan mengalami sesak berpanjangan.
“Kita mesti mencari formula untuk penyelesaian ini,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Program ‘Highway Concession Conference’ (HCC) 2024 di sini, hari ini.