Kluang, Sep-
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi menasihatkan calon komponen itu Syed Hussien Syed Abdullah berkhidmat dengan baik untuk semua masyarakat termasuk komuniti India jika menang PRK Mahkota pada 28 Sept depan.
Menurut Zahid, pengundi India di kawasan DUN itu sejak dahulu menyokong BN sehingga DUN terbabit menjadi satu daripada kubu kuatnya di Johor.
“Dari segi kesetiaan jangan dipertikai kerana sekali mereka mengundi pastinya kekal taat tetapi jangan pernah khianati mereka…mereka akan ingat dan tak akan undi lagi.
“Syed Hussein ingatlah tangan ini menandatangani watikah atas persetujuan MB (Onn Hafiz
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama komuniti India DUN Mahkota. Turut hadir Onn Hafiz dan Presiden MIC S.A.Vigneswaran.
DUN Mahkota mempunyai 66,318 pemilih dengan pecahan Melayu (56%), Cina (34%), India (8%), dan lain-lain (2%).