Upacara kahwin bukan Islam dibenar tanpa majlis resepsi

Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan upacara perkahwinan penganut bukan Islam dilaksana tanpa majlis resepsi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata upacara tersebut pula tidak boleh dihadiri lebih 20 orang termasuk penolong pendaftar perkahwinan dan tertakluk kepada kapasiti rumah ibadat atau persatuan agama serta mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) penjarakan sosial.

“Kebenaran ini bagi upacara di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam melibatkan penolong pendaftar perkahwinan dilantik mengikut Seksyen 28, Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Akta 164),” kata menteri kanan (kluster keselamatan) dalam kenyataan.

Kementerian Perpaduan Negara sebelum ini memaklumkan, urusan perkahwinan melibatkan bukan Islam boleh dilakukan semula di 171 rumah ibadat dibenarkan selepas diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara.

Menerusi kenyataan sama, pasangan yang ingin mendaftar perkahwinan di kuil, gereja, badan atau persatuan agama diminta merujuk senarai rumah ibadat diluluskan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here