12 penyamun pecah masuk banglo 3 tingkat, lelaki cedera ditetak parang

Seorang lelaki cedera ditetak parang, manakala keluarganya kerugian RM600,000 selepas 12 penyamun memecah masuk rumah mereka di Jalan Jagong, Pandamaran, Klang semalam.

Ketua Polis Klang Selatan, Cha Hoong Fong, berkata semua suspek dipercayai warga tempatan itu tiba di depan rumah mangsa dengan dua kereta, sebelum memanjat tembok dan memecahkan jeriji pintu utama kira-kira 5 pagi.

Menurutnya, semua suspek bertopeng kemudian mengikat mangsa, sebelum menggeledah banglo tiga tingkat itu dan melarikan wang tunai, patung sembahan serta barang kemas dianggarkan berjumlah RM600,000.

“Semasa kejadian, seorang penghuni berjaya menghubungi polis sekitar 6.16 pagi dan anggota peronda yang tiba di lokasi mengesahkan kejadian samun berkawan menggunakan parang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here