Sungai Siput, Oct-
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agenda pemerkasaan ekonomi dilaksanakan dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, hal berkenaan termasuk pelaksanaan program pemerkasaan ekonomi kaum India.
“Siapa kata (kerajaan) tidak peduli? KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar) ada dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Dalam mesyuarat kalau saya kata miskin tegar, saya kata untuk semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Heawood di sini pada Ahad.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.
Anwar berkata, untuk berlaku adil, kerajaan juga menyalurkan peruntukan menerusi program Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional untuk semua kaum manakala Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang sebelum ini 100 peratus untuk membantu kaum Melayu dan bumiputera, juga telah diperluas kepada kaum India.
“Saya kata apa salahnya beri ruang kepada masyarakat India yang miskin… ambil mereka, latih dan beri peluang (berniaga) kepada mereka katanya.
























