Putrajaya, Okt-
Bekas peguam, N. Pathmanabhan dan dua lagi kekal dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi pada 2010.
Bekas peguam, N. Pathmanabhan dan dua lagi kekal dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi pada 2010.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim mahkamah persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat bersama Datuk Nordin Hassan, Datuk Abu Bakar Jais.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim selepas menolak permohonan semakan hukuman mati Pathmanabhan, 54, dan pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 32, untuk mengetepikan hukuman gantung itu.
Dalam penghakiman itu, Tengku Maimun yang membacakan keputusan berkata panel sebulat suara menolak permohonan berkenaan, dan hukuman mati terhadap mereka dikekalkan.
“Permohonan ditolak, hukuman (gantung) dikekalkan,” kata Tengku Maimun.
Bagaimanapun dalam prosiding hari ini, seorang lagi pemohon R. Kathavarayan, 44, menarik balik permohonan semakan hukuman mati itu.
Justeru Kathavarayan kekal dengan hukuman gantung seperti mana yang diputuskan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.
Sebelum ini, semua perayu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Mei 2013, selepas didapati bersalah membunuh Sosilawati 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim 32 dan pembantu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin 44.
Mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting, Selangor antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

























