Budak perempuan 12 tahun hilang ketika ambil makanan

Petalingjaya, Okt-
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan daripada kereta yang diletakkan di bawah sebuah flat di Klang, petang semalam.

Ketua Polis Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 8.59 malam.

Menurutnya, Madrafataha Indal Bangsawan turun ke tempat parkir flat di Bandar Bukit Tinggi 1 itu selepas disuruh ibunya mengambil makanan dalam kereta sekitar 2.20 petang, namun kemudian tidak kembali ke rumah.

“Pada 3 petang, ibu mangsa mencari kanak-kanak itu bagaimanapun tidak menemuinya,”katanya, lapor Bernama.

Cha berkata, ibu mangsa kemudiannya membuat laporan dan IPD Klang Selatan telah membuka kertas enkuiri polis orang hilang bagi siasatan lanjut.

Kanak-kanak itu digambarkan sebagai berbadan kurus, berkulit cerah, rambut di paras bahu, dengan ketinggian 150cm.

Dia kali terakhir dilihat berpakaian baju T berwarna hijau serta berseluar trek hitam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here