Dr Xavier Jayakumar umum letak jawatan Naib Presiden PKR, keluar parti

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Xavier Jayakumar yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat umum letak jawatan dan keluar PKR berkuatkuasa serta-merta sebentar tadi.

Beliau juga mengumumkan akan menjadi ahli parlimen bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya akan terus terus berkhidmat di kawasan saya dan menyokong kerajaan sebagai ahli parlimen bebas dan saya akan penuhi janji-janji pilihan raya kepada rakyat di Kuala Langat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini merupakan perkembangan terbaru selepas dua ahli parlimen PKR, Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) meninggalkan parti itu pada penghujung Februari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here