Shah Alam, Okt-
Malaysia berada di tangga ke-13 dunia sebagai negara pemakan telur ayam terbanyak dengan 16.80 kilogram (kg) per kapita.
Berdasarkan laporan laman web World Population Review, populasi Malaysia kini adalah 32.37 juta orang dan dianggarkan mencecah 42.07 juta orang pada 2068.
Menurut laporan tersebut, telur merupakan salah satu sumber nutrisi yang paling digemari masyarakat seluruh dunia walaupun terdapat pelbagai jenis makanan lain.
“China dan Jepun merupakan dua negara yang mencatatkan penggunaan telur tertinggi di dunia.
“Jepun menjadi negara dengan penggunaan telur tertinggi kerana rata-rata penduduknya makan sekitar 320 telur setiap tahun atau satu telur sehari.
“Walaupun Jepun tidak menghasilkan banyak telur, ia merupakan salah satu pengimport terbesar dan produk. Telur memainkan peranan penting dalam masakan Jepun seperti mi ramen, nasi dan pastri tradisional,” katanya.
Di China pula telur terus menjadi sumber protein yang sangat popular walaupun ekonomi negara itu berkembang pesat, namun harganya lebih murah berbanding sumber protein lain.
“Dianggarkan penduduk China makan lebih daripada 31,000,000 tan telur pada 2021. Bagaimanapun, rekod penggunaan telur di daratan China iaitu 21.97 kilogram (kg) per tahun dikalahkan wilayah pentadbiran khasnya.





















