Pengering rambut punca uban di usia muda

Putrajaya, Okt-
Penggunaan pengering rambut yang terlampau kerap merupakan salah satu punca rambut beruban walaupun di usia muda.

Pegawai perubatan, Dr Ahmad Samhan Awang menjelaskan suhu panas pengering rambut akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin.

“Uban terbentuk kerana folikel yang menjadi tempat tumbuhnya rambut memiliki sekumpulan sel yang disebut melanosit.

“Sel melanosit inilah yang berfungsi untuk menghasilkan melanin atau pigmen yang memberikan warna gelap pada rambut,” katanya pada Sabtu di aplikasi X.

Menurutnya, uban di usia muda juga boleh disebabkan oleh kadar vitamin B12 yang rendah.

“Selain vitamin tersebut, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi, sangat disarankan untuk selalu mengambil makanan yang kaya vitamin B12 dan zat besi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Samhan berkata, stress, vitiligo dan merokok turut menjadi punca rambut beruban.

Katanya, vitiligo adalah kondisi yang mana sistem autoimun yang boleh merosakkan melanosit iaitu sel-sel yang menghasilkan pigmen untuk warna rambut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here