Wanita warga emas maut akibat disengat tebuan

Sungai Petani, Nov-
Seorang wanita warga emas maut dipercayai akibat disengat tebuan ketika berada di rumahnya di Taman Semarak, Sungai Pasir, di sini semalam.

Rohani Mohd Shariff, 61, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata berdasarkan laporan, kejadian disedari anak mangsa ketika pulang ke rumahnya pada jam 8 malam tadi selepas mendapati ibunya mengerang kesakitan dipercayai terkena sengatan tebuan di badan.

Anak mangsa menghubungi ambulans Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here