Simpan mayat ibu dalam kotak ais

Kuala Lumpur, Nov-Kuala Lumpur: Seorang lelaki dipercayai tergamak membunuh ibu dan menyimpan mayat wanita itu di dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu.

Perbuatan lelaki berusia 50-an terbabit bagaimanapun terbongkar selepas kediamannya di Jalan Hujan Abu 6, Taman OUG di sini, diperiksa pasukan polis yang menerima panggilan daripada suspek kira-kira 9 pagi hari ini.

Difahamkan, suspek menghubungi talian kecemasan kerana tidak sihat dan pasukan yang tiba dimaklumkan mengenai mayat ibunya yang disimpan dalam peti sejuk beku.

Menurut sumber, suspek mendakwa membunuh wanita berusia 80-an itu di kediamannya pada Mac 2021.

Sumber berkata, berdasarkan maklumat awal, suspek turut berada bersebelahan kotak ais berkenaan ketika polis tiba di lokasi kejadian.

Menurut sumber anak mangsa yang juga suspek memaklumkan kepada polis dia membunuh ibunya pada 2021 sebelum menyimpannya dalam dalam kotak ais.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, ketika dihubungi BH memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here