Pelanggan domestik yang tidak daftar e-bil akan terima bil air Selangor dua bulan sekali

KUALA LUMPUR:Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa bermula 1 Julai 2020, pelanggan domestik di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tidak mendaftar untuk e-bil Air Selangor akan menerima bil air bulanan mereka setiap dua bulan sekali iaitu pada bulan kedua melalui pos.

Pelanggan akan menerima bil bulan semasa mereka yang disatukan dengan bil bulanan sebelumnya dalam satu bil. Manakala, tarikh akhir pembayaran bil bagi pelanggan domestik yang tidak daftar e-bil ialah 30 hari dari tarikh bil air bulan kedua dikeluarkan.

Praktis ini hanya untuk pelanggan domestik sahaja. Bagi pelanggan selain domestik pula, mereka akan menerima bil air setiap bulan seperti biasa. Manakala, pelanggan yang telah mendaftar e-bil iaitu menerima bil air melalui e-mel atau aplikasi Whatsapp pula akan menerima bil bulanan seperti biasa.

Air Selangor Sdn BhdKaedah ini dilaksanakan oleh Air Selangor bagi mengurangkan pelangganan kertas selaras dengan sokongan Air Selangor ke arah Go Green. Air Selangor menyarankan para pelanggan di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang masih belum memilih menerima e-bil Air Selangor untuk mendaftar e-Bil di https://update.airselangor.com dan memilih untuk menerima melalui e-mel atau WhatsApp.

Pelanggan yang ingin mendapat bil air melalui perkhidmatan WhatsApp perlu memastikan nombor telefon yang didaftarkan adalah betul dan boleh menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

Untuk maklumat lanjut dan bantuan mengenai bekalan air, para pelanggan boleh menghubungi kami di talian 15300, WhatsApp ke 019-2800919 atau 019-2816793, media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram) serta laman sesawang Air Selangor (www.airselangor.com).

Air Selangor juga menggalakkan para pelanggan untuk memuat turun aplikasi Air Selangor di telefon pintar menerusi App Store ataupun Google Play untuk maklumat semasa bekalan air atau semakan bil air.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here