Dasar sedia diselaras selari permintaan

Lima, Nov-
Malaysia bersedia untuk menyelaraskan dasarnya bagi memenuhi permintaan baharu dan industri yang sentiasa berkembang menerusi pendekatan pelbagai hala untuk terus menarik pelaburan bernilai tinggi, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau memberikan contoh pada masa ini Malaysia sedang membincangkan mengenai penilaian semula secara menyeluruh bagi dasar pemuliharaan air selain menekankan mengenai permintaan air yang tinggi daripada pusat data.

“Kami tidak pernah menerima permintaan air yang begitu tinggi melainkan pada masa ini daripada pusat data ini.

“Saya tidak pasti apakah yang mereka lakukan dengan air itu, tetapi mereka terus mahukan lebih banyak air, lebih banyak tenaga,” kata beliau secara berseloroh pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) dalam sesi bertajuk ‘Peluang dan Cabaran dalam Revolusi Kecerdasan Buatan (AI).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here