Manjung, Nov-
Seorang lelaki maut selepas dihempap batu ketika mengendalikan mesin pengorek di sebuah tapak kuari di sini, semalam.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dalam satu kenyataan, berkata dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa berusia 35 tahun yang juga operator mesin pengorek jenis ‘crawler’ bekerja bersama rakannya yang mengendalikan mesin jengkaut.
Menurutnya, ketika melakukan kerja di muka kuari, batu kuari terjatuh dari cerun bersebelahan lalu menghempap mangsa yang sedang bekerja.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.