Klang, Nov-
Kerajaan perlu memastikan pekerja tempatan diberi keutamaan melalui tawaran gaji kompetitif dan syarat kerja adil bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta memperkasa tenaga kerja rakyat Malaysia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, keutamaan ini bukan sahaja penting untuk menangani masalah pengangguran tetapi juga untuk meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan.
“Keputusan ini mencerminkan keperluan industri yang sedang berkemban!g tetapi kita tidak boleh mengabaikan keutamaan untuk rakyat Malaysia.
“Gaji terlalu rendah tidak akan menarik minat pekerja tempatan dan ini akan terus membuka ruang kepada kebergantungan terhadap pekerja asing sebagai pilihan yang lebih murah,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian mengulas keputusan terbaru diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, untuk membenarkan pengusaha stesen minyak mengambil pekerja asing di kafe dan kedai serbaneka.
Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun memuji langkah kerajaan membenarkan pekerja asing dalam sektor stesen minyak diambil bekerja secara langsung syarikat pengendali stesen tanpa melalui ejen.
“Langkah ini amat dialu-alukan kerana ia dapat menghapuskan eksploitasi oleh pihak tengah yang tidak bertanggungjawab menggelar diri mereka sebagai ejen pekerjaan.





















