Wang simpanan KWSP lesap dilarikan teman wanita – Duda murung

Kuala Lumpur, Julai-
Seorang duda bukan sahaja terpaksa berputih mata malah mengalami tekanan perasaan yang serius apabila wang simpanan untuk persaraan, lebur akibat ditipu teman wanitanya.

Setelah sekian lama menduda, lelaki itu dikatakan berkenalan dengan seorang wanita sehinggalah mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, bukan sahaja pelamin impian yang dirancang tidak kesampaian, malah wanita itu turut membawa lari wang Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) lelaki itu yang dicarum selama puluhan tahun.

Kisah malang dialami lelaki itu didedahkan oleh seorang pengamal perubatan Islam, Hasnan Rili menerusi satu hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Menurut Hasnan, lelaki itu mengalami tekanan perasaan selepas wang simpanan KWSP miliknya lesap dalam masa satu hari selepas termakan pujukan teman wanitanya untuk memindahkan wang itu ke akaun simpanannya.

“Tekanan perasaan duit KWSP kena ‘kapur’. Kerja berpuluh tahun, dalam masa sehari duit simpanan KWSP habis lesap angkara teman wanita.”Duit sebanyak-banyak itu teman wanita suruh masukkan dalam akaun kononnya dia nak jaga simpanan lepas kahwin nanti,” katanya.

Menurut Hasnan, sebaik wang itu dipindahkan ke akaunnya, wanita itu turut ‘lesap’ dan gagal dikesan sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun tidak didedahkan berapakah jumlah kerugian yang dialami oleh lelaki itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here