2 warga emas ditemukan mati

Kuala Lumpur, Nov-

Bau busuk dari sebuah rumah membawa kepada penemuan dua mayat warga emas, dalam kejadian di Taman Mewah, di Kulai, Johor, tengah hari .

Mayat kedua-duanya ditemukan semalam selepas jiran membuat laporan polis.

Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee, berkata laporan kematian itu melibatkan warga emas berusia 65 dan 67 tahun.

“Kes masih dalam siasatan . Setakat ini, ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, jurucakap bomba Johor memaklumkan menerima panggilan untuk bantuan membuka rumah berkunci pada 12.37 tengah hari.

Katanya, enam anggota bomba Kulai bersama jentera dan kenderaan EMRS ke lokasi dan dimaklumkan sepasang warga emas terkunci dalam rumah.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here