Kes kolera dikesan di daerah Petaling

Kuala Lumpur: Satu kes taun atau kolera dikesan di daerah Petaling, Selangor. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter hari ini, memaklumkan kes itu dikesan oleh Jabatan Kesihatan Selangor.

Jabatan Kesihatan Selangor mengesan satu kes kolera di daerah Petaling, Selangor. Orang awam dinasihati hanya minum air dirawat atau dididihkan. Jaga kebersihan kendiri, jangan makan makanan mentah dan tidak dimasak sempurna katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here