GEORGE TOWN –
Seorang lelaki S. Vasandha Kumar, 36, hari ini dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan dikenakan denda RM10,000 kerana menganiaya dan mencederakan anak perempuan tirinya menggunakan pisau yang dipanaskan, awal bulan ini.
Hakim Mahkamah Sesyen, Norsalha Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil.
Jika gagal membayar denda, tertuduh dikenakan hukuman penjara selama setahun.
Lelaki itu yang bekerja sebagai pemotong rumput didakwa melakukan perbuatan itu di Pangsapuri Sri Saujana, Gat Lebuh Maccalum, di sini pada jam 12.30 tengah malam, 1 Feb lepas.