Kes Syed Saddiq! Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mac tahun depan

Putrajaya, Dis-
Mahkamah Rayuan di sini, menetapkan 19 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman berkaitan kesalahan rasuah yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dalam pengurusan kes hari ini, berkata mahkamah turut memperuntukkan dua hari, iaitu 19 dan 20 Mac 2025, untuk mendengar rayuan itu.

“Mahkamah turut menetapkan 4 Mac 2025 sebagai tarikh akhir bagi kedua-dua pihak untuk mengemukakan hujahan bertulis masing-masing,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here