Dera bayi 11 bulan-Guru taska ditahan

Kuala Lumpur, Dis-
Seorang wanita tempatan ditahan Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes mengasari dan mendera bayi lelaki berusia 11 bulan di sebuah taska di Puncak Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, wanita berusia 24 tahun yang bekerja sebagai guru taska itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada jam 6.50 petang.

“Sabtu lepas, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung terdapat kesan lebam pada pipi dan telinga sebelah kanan anaknya selepas mengambil bayi tersebut daripada sebuah taska pada jam 6.15 petang, 13 Disember lalu.

“Lelaki tersebut dimaklumkan oleh pengasuh taska bahawa kesan lebam itu berpunca akibat anaknya terjatuh daripada meja di dalam taska,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here