Pemuda lemas terjatuh dalam sungai

Georgetown: Pemuda yang berjalan sendirian di pinggir sungai dekat Taman Areca Pinang Park, Lebuh Sungai Pinang 1 di sini, ditemukan lemas, malam tadi. Muhammad Amiruddin Biddin, 21, dikatakan berada di kawasan itu sebelum orang awam melihatnya terjatuh ke dalam sungai.

 Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak A’azelan Hassan berkata, pihaknya dimaklum kejadian pada 8.14 malam, dan seramai 24 anggota termasuk dari BBP Bagan Jermal hadir ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan pencarian berpandukan lokasi jatuh yang dimaklumkan saksi. Pencarian turut dibantu orang awam dan nelayan tempatan dengan bot persendirian, katanya ketika ditemui. Beliau berkata, mangsa kemudian ditemui pada 10.37 malam, kira-kira 15 meter dari lokasi dia jatuh. 

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada 11.13 malam, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here