Kuala Lumpur, Dis-
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pegawai diberi kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan berjumpa Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini untuk menyerahkan notis kesalahan dan diberikan kompaun.
Dr Dzulkefly menerusi X berkata, pejabat Menteri Luar telah pun dimaklumkan mengenai perkara itu.
“Jujurnya, YBM DS Mohamad Hassan sendiri minta KKM mengeluarkan kompaun ke atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar,” katanya.
Semalam, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tiada sesiapa yang terlepas daripada undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) jika merokok dalam restoran.
Dalam satu hantaran di X, Dr vDzulkefly mengulas pemilik akaun X yang mendakwa Menteri Luar, Mohamad Hasan atau lebih dikenali Tok Mat sedang merokok di sebuah restoran.