Wanita ditahan susulan bakar motor

Kuala Lumpur, Dis-
Seorang wanita ditahan susulan video tular memaparkan perbuatan membakar motosikal di Taiping, Perak.

Ketua Polis Taiping, Mohamad Nasir Ismail, berkata polis menahan wanita terbabit semalam, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu khianat dengan api.Tangkapan tersebut menyusuli laporan oleh seorang penarik kenderaan.

“Motif kejadian berpunca dari tangkapan yang tidak berpuas hati apabila motosikal itu mahu ditarik,” katanya lapor Berita Harian.

“Difahamkan bayaran bulanan motosikal berkenaan tertunggak selama lebih 20 bulan dan motosikal itu dibeli atas nama anaknya.”

Wanita itu dibawa ke IPD Taiping dan proses reman akan dibuat pagi ini.

Di media sosial, tular video memaparkan seorang wanita bertindak membakar sebuah motosikal berhampiran sebuah gerai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here