60,000 PATI berdaftar di Selangor

Kuala Lumpur, Jan-
Seramai 60,454 pendatang asing tanpa izin (PATI) berdaftar di Selangor pulang secara sukarela menerusi Program Repatriasi Migran (PRM) yang dilaksanakan pada Mac hingga akhir Disember tahun lalu.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin, berkata sepanjang tempoh PRM, pihaknya mencatat kutipan RM28,762,400 membabitkan kompaun berjumlah RM28,396,500 dan pas khas sebanyak RM365,900.

Katanya, PRM di Selangor dilaksanakan di empat cawangan iaitu Shah Alam, Kelana Jaya, Kajang dan Pelabuhan Klang.

PRM dilaksanakan bermula 1 Mac 2024 sehingga 31 Disember 2024 bagi membenarkan PATI pulang ke negara asal secara sukarela.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan berkata, langkah itu sekali gus mengurangkan jumlah keberadaan PATI di Malaysia, di samping mengimbangi elemen keselamatan serta menjana ekonomi negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here