George Town, Jan-
Seorang lelaki tempatan tertangkap susulan polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir semalam.
Ketua Polis Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad, berkata suspek berusia 47 tahun itu ditahan di dalam sebuah tandas dalam hutan tersebut oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pulau Pinang, yang melakukan serbuan kira-kira 5 petang hasil maklumat dan risikan.
Polis rampas sejumlah dadah jenis heroin serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah bernilai RM51,370.
“Dadah tersebut ditemui di dalam sebuah kotak kertas berwarna coklat bertulis ‘Luzhou Laojiao Touqu’ anggaran berat 5,351 gram bernilai RM51,370,” katanya dalam kenyataan.