Himpunan solidariti Najib, PH tak terlibat -Anwar

Kuala Lumpur, Jan-
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan pimpinannya tidak terlibat dengan perhimpunan solidariti Najib Razak, Isnin ini.

“Itu tanya pengerusi Barisan Nasional.PH tak terlibat,” katanya kepada pemberita, merujuk Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan di Istana Kehakiman, Putrajaya, yang akan menyaksikan penyertaan pelbagai parti.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, dalam surat dalaman kepada parti berkata himpunan itu diadakan bagi menunjukkan solidariti bersama bekas perdana menteri dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung titah adendum Agong.

Lebih 200 bas membawa penyokong Najib dijangka ke perhimpunan itu, terdiri ahli Umno dan PAS. Pemimpin Bersatu juga dijangka hadir.

Semalam, Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan, berkata ribuan ahli parti itu akan hadir bagi menyatakan solidariti kepada Najib.

Manakala, Setiausaha Agung Parti Progresif Rakyat (MyPPP) Inder Singh Beant Singh memaklumkan ahlinya juga akan hadir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here